Fitnah pangkat dan kekuasaan

Hari ini kita melihat ramai di antara manusia berebut-rebut untuk menjadi pemimpin daripada sekecil-kecil organisasi sehinggalah yang tertinggi. Adakah situasi ini satu fitnah yang menyelubungi manusia?
expert-bg
Tidak dinafikan, zaman ini adalah zaman fitnah. Salah satu fitnah yang dilihat semakin membarah dalam masyarakat adalah fitnah pangkat dan kedudukan. Fitnah pangkat dan kedudukan termasuk dalam pembahagian fitnah syahwat disebabkan seseorang berkeinginan dengan kekuasaan yang berkait rapat dengan nafsu untuk berkuasa. Demikian juga apabila seseorang yang akan kehilangan kuasa, nafsu keinginan untuk kekal dalam kekuasaan sangat besar. Fitnah pangkat dan kekuasaan adalah fitnah terdahsyat yang melanda umat Nabi Muhammad SAW. Baginda Nabi SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya aku hanya khuatir (takut) atas umatku ini pemimpin yang menyesatkan." Hadis Riwayat at-Tirmizi Hadis ini datang dalam bentuk pengkhususan (takhsis) yang menjurus kepada fitnah yang akan menyebabkan umat Islam tergelincir ke dalamnya. Isyarat itu juga menunjukkan umat Islam yang paling ramai terfitnah dengan kekuasaan.
Fitnah Dajjal adalah terbesar yang akan menyelubungi manusia. Namun, adakah terdapat fitnah lain yang perlu manusia berhati-hati dengannya? Fitnah Dajjal akan menyelubungi manusia akhir zaman saat ketibaanya nanti. Namun sebelum ketibaan Dajjal, baginda amat bimbang kepada keadaan pemimpin yang banyak menyesatkan orang lain. Perkara ini berdasarkan hadis daripada Abu Zar RA, dia berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda maksudnya: "Ketika aku bersama Nabi SAW pada satu hari ke rumahnya, aku mendengar baginda berkata: Bukan Dajjal yang lebih aku khuatirkan terhadap umatku" Sebelum baginda hendak masuk, aku bertanya: "Apakah yang lebih engkau khuatirkan atas umatmu daripada Dajjal itu? Baginda menjawab: "Para pemimpin yang menyesatkan orang lain." Hadis ini memberi isyarat tentang satu bentuk fitnah yang akan terus-menerus melanda umat Nabi SAW iaitu fitnah kekuasaan. Nabi SAW menjelaskan kerisauan baginda tentang fitnah kekuasaan ini melebihi daripada fitnah Dajjal. Ini jelas menunjukkan, fitnah Dajjal adalah lebih jelas berdasarkan pemahaman dan ilmu yang telah berkembang serta tempohnya adalah lebih pendek berbanding fitnah kekuasaan meliputi zaman. Mengapakah manusia mudah tergelincir ke dalam fitnah pangkat, kuasa dan kedudukan?
Subscribe berita kami
...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Math Captcha
− 4 = 2