bagaimana perasaan takut itu terjadi?

Bagaimana nak buat

Salam sejahtera para pembaca budiman,pembicaraan dan kajian tentang mengapa kita mesti ada perasaan takut dan bagaimana perasaan takut ini terjadi dan apakah sebabnya ia  ada disanubari kita bagi setiap manusia semua

marilah sama-sama kita mengupas kejadian takut ini pada permulaan zaman nabi adam a.s.mungkin kita pernah mendengar kuliah agama atau mempelajari bidang agama islam kita akan di sentuh sejarah para-para nabi tersebut yang mempunyai sejarah cerita sendiri mari kita cuba mula awal

kejadian makluk allah dibumi ini  seperti firman Allah menyatakan ” Tidak aku jadikan jin dan manusia di bumi ini kecuali mereka beribadah pada ku” pada segi pengetahuan saya hari ini perasaan takut ini bukanlah satu momok momokkan dari zaman kita kecil lagi akan tetapi iannya memang sudah ada pada semua umat manusia hari ini walaupun zaman sudah moden tapi masih ada lagi perasaan takut menyelubungi kita hari ini dan sampai bila-bila kita tidak dapat keluar dari perasaan takut ini atau disempitkan minda kita dengan berbagai perasaan takut seperti

1.takut hantu
2/takut binatang buas
3.takut tak kawin
4.takut dibuli kawan
5.takut dimarah bos
6.takut miskin
7.takut disihir orang
8.takut dihina orang
9.takut dipukul orang
10.takut buat salah

dan berbagai lagi perasaan takut tersebut bukan sahaja hantu tapi yang lain lain juga harus diambil kira agar kita semua boleh bebas dari dibelengu perasaan takut yang tak bersebab atau takut yang disebabkan sesuatu yang diberitahu pada kita..lumrah hidup manusia hari ini tidak terlepas dari perasaan yang difikirkan

untuk kita mengupas atau mempelajari kenapa perasaan takut ini menjadi jadi pada diri kita bagaimanakah kita boleh melepasi halangan yang mendatang dengan mengambil pelajaran dari al-quran dan mengkajinya dimanakah silapnya dan bagaimana ianya terjadi pada diri kita hari ini.

berbalik cerita sejarah nabi adam lagi kita semua ada mendengar kisah nabi adam di turunkan dibumi ini disebabkan dia memakan buah kuldi dengan tipu daya iblis laknatulah dia dengan mudah memakan pujuk rayu oleh isterinya hawa lalu dengan tipu daya iblis ini adam termakan juga buah kuldi tersebut kononnya jika adam memakannya ia akan hidup lebih lama lagi ditempat surga ini.menurut cerita tersebut didalam al-quran allah subhahannallah ta’alah sudah menyatakan didalam kitabnya  yang bermaksud ” hai adam bersenang lenang dengan isterimu di syurga ini tapi jangan kau dekati pohon buah kuldi itu nescaya kau termasuk orang mendurhakaiku” dari sini mengapakah nabi adam masih mempercayai hasutan iblis laknatulah itu tadi dan dia sehingga diturunkan kebumi dengan tidak berpakaian.

dalam cerita tersebut bermulalah sejarah manusia dan musuhnya dibumi ini dengan berbagai ancaman dan hasutan bagi anak adam pada hari ini seperti firman allah tersebut ” hai adam kerana engkau telah melanggar perintahku maka turunlah engkau dan isterimu dan juga si iblis ke bumi ini”

jadi berbalik pada perasaan takut  ini bukanlah di reka kerana awal kejadian adam tadi sudah ada perasaan takut pada diri adam terhadap si iblis dan isterinya hawa lalu allah subhahannalah ta’alah yang lebih mengetahuinya akan hakikat ini.kerana allah lebih mengetahui kelemahan adam akan kejadian beliau

lalu kisah si iblis laknattulah pula telah berikrar dan berjanji dan memohon izin pada allah akan merosakkan  adam dan kaumnya dengan menyesatkan aqidah dari semua penjuru depan,belakang,kiri dan kanan beliau melainkan orang orang yang di lindungi atau orang yang beriman sahaja dapat perlindungannya.

jadi perasaan takut manusia pada hari ini telah tersemat disanubari manusia pada hari ini sehingga manusia itu sendiri mencari jalan keluar untuk mengatasi masaalah tersebut dan seperti juga firman allah tersebut berbunyi “Tidak akan aku mengubah akan sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri mengubahnya”

jadi pengajaran sejarah adam untuk diri manusia semua mudah-mudahan mendapat ilmu pengetahuan tentang masaalah takut dan siapa harus ditakuti sebenarnya agar kita tidak terpesong dari hasutan iblis dan pengikutnya.

dan allah subhahannalah ta’ala juga berfirman “Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Ia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman”.dan allah subhahana lah ta’ala ada juga mengatakan  Katakanlah lagi; ” Sesungguhnya aku tidak berkuasa mendatangkan sebarang mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan sebarang kebaikan bagi kamu.

dari sini kita dapat mengerti bahawa iblis,syaitan itu memang suka menakut nakutkan kita akan tetapi mereka tidakberkuasa untuk memusnahkan kita kuasa mutlak hanya ada pada yang maha berkuasa dan lagi maha pencipta.

Facebook Comments

Leave a Reply