Bacaan gula dalam darah bagi penyakit kencing manis

Info kesihatan

Log into Facebook | Facebook

Log into Facebook to start sharing and connecting with your friends, family, and people you know.

Apakah Kepentingan Mencapai Bacaan Gula Normal

Gula darah yang tinggi boleh merosakkan lapisan saluran darah dan tahap gula dalam darah yang sentiasa tinggi secara berterusan juga boleh menyebabkan beberapa penyakit degeneratif. Manakala kadar gula darah yang rendah boleh mencetuskan pembebasan hormon stres kortisol. Atas sebab-sebab ini, otak kita diprogramkan untuk mengekalkan gula dalam darah dalam keadaan yang normal.

Sebaik sahaja gula darah melepasi paras normal,otak akan mengisytiharkan “kecemasan” dan hormon insulin berfungsi untuk mengeluarkan gula darah yang berlebihan daripada saluran darah.

Pada mulanya, insulin akan menyimpan gula atau glukosa tersebut di dalam otot dan hati di mana ia disimpan sebagai glikogen. Malangnya, keupayaan penyimpanan otot dan hati adalah terhad, jadi sebaik sahaja sudah penuh, insulin mula mengangkut gula yang berlebihan ke dalam sel-sel lemak. Ini seperti pesta besar untuk sel-sel lemak. Mereka gembira dapat mengambil semua gula yang berlebihanyang diberikan kepada mereka dan mula berkembang.

Di samping dihantar kepada sel lemak, gula darah yang tinggi juga boleh menyebabkan gula darah untuk menurun.

Seperti yang dinyatakan di atas, badan menghasilkan insulin untuk membersihkan gula darah yang berlebihan daripada saluran. Jadi,apabila gula darah sudah tinggi, kita akan mendapat banyak insulin dalam darah dan ini dapat mendorong gula darah berada di paras normal.
Apabila gula darah kita jatuh di bawah julat normal, otak kita mengisytiharkan satu lagi “kecemasan”.

Otak berfungsi dengan pertolongan glukosa jadi apabila gula darah rendah, otak menganggapnya sedang mengalami kelaparan. Ia mengeluarkan hormon stres yang dipanggil kortisol/”cortisol”. Hormon ini akan memaksa anda untuk mencari makanan untuk memberi makan kepada otak anda.
Kortisol adalah sebab anda mungkin berasa marah, letih, pitam atau lapar yang tidak terkawal serta menginginkan karbohidrat glisemik yang tinggi. Kortisol juga merupakan hormon penyimpan lemak kerana ia membantu penghasilan glukosa dan meningkatkan paras gula darah apabila bacaan terlalu rendah.

Facebook Comments

Leave a Reply